Cara-cara selamatkan bookmark di google chrome

Setiap kali kita membaca blog atau post yang menarik untuk kita simpan kita akan bookmark di browser kita. Apa akan jadi kalau secara tiba-tiba laptop kita rosak dan perlu format. Semua yang kita bookmark hilang begitu sahaja. Perkara semacam ni aku pernah rasai dulu walaupun sudah banyak kali aku format laptop. Memang tak perasan dan terfikir nak buat macam ni.

Rupanya ada kaedah yang google chrome dah sediakan cuma aku tak perasan akan kebaikannya. Oleh itu, hari ni aku akan kongsi pada semua cara-cara selamatkan bookmark di google chrome. Hurmm… rasanya tajuk ni sesuai laa kot pasal dah lama tak buat posting.

  1. Pertama sekali apa yang korang perlu buat adalah klik icon “3 line” di hujung kanan-atas sekali.
  2. Selepas tu, klik setting.

Cara-cara selamatkan bookmark di google chrome

3. Nanti akan keluar paparan untuk bahagian setting. Dipaparan ini klik “sign in to chrome”.

Cara-cara selamatkan bookmark di google chrome 2

4. Setelah itu keluar paparan untuk kita sign in. Masukkan email dan password.

Cara-cara selamatkan bookmark di google chrome 3

Bila korang dah sign in dah boleh relak sambil minum air kopi sebab proses sync tengah berjalan. Bagi yang sebelum ni dah format cuma korang install balik google chrome, ikut step semua ni dan tunggu sekejap. Dengan serta merta google chrome korang kembali asal.

Sebenarnya, penggunaan ni bukan untuk bookmark sahaja tetapi secara keseluruhan seperti theme, extension dan history. Semuanya kembali macam mana korang tengok kali terakhir bersama google chrome. So, lepas ni jangan risau lagi kalau laptop rosak atau kena format.

 

Cara-cara membuat border style pada gambar

Gambar yang kita upload mugkin kita ingin cuba untuk letak border atau bahasa yang lebih mudah ialah frame/bingkai. Untuk tutorial kali ni aku berkongsi cara-cara membuat border style pada gambar. Tutorial ni amat mudah diaplikasikan terutama bagi pengguna wordpress tidak kira self-hosted atau wordpress.com.

Jika korang tengok bentuk border yang aku dibuat pada post dengar nasihat anak dan bagaimana mengubah unit ukuran pada microsoft word korang akan lihat jenis border yang berlainan. Terdapat lapan jenis border yang boleh korang gunakan mengikut kesesuaian dan citarasa.

Antara border yang boleh kita gunakan ialah dot, dash, solid, double, groove dan macam-macam lagi. Continue reading

Dengar nasihat anak walaupun sekejap

Amat sukar untuk kita dengar nasihat anak walaupun sekejap. Kadang-kadang kita marah balik bila anak kita bagi nasihat. Ego betul kita masa tu. Makanya anak mula anggap yang mak ayah ni tidak perlu untuk ditegur jika ada buat kesalahan.

Kebiasaanya yang selalu memberi teguran dari anak yang masih kecil. Anak kecil yang terkenal sikap jujur tanpa dipengaruhi dari orang luar. Cakapnya tak pernah nak tipu.

Kerana keegoan kita, kita terus menolak segala nasihat anak-anak kita. Cubalah dengar nasihat anak kita kerana mereka lebih kenal diri kita dan sudah tentu dialah yang paling rapat dengan kita.

Aku sebenarnya amat tertarik pada post Kak Wardina di Fan Page dia dimana dia mendengar nasihat dan teguran dari anak dia. Dia tidak melenting atau marah-marah kat anak dia. Cara semacam inilah yang patut kita tiru. Yang baik kita ikut. Yang buruk fikir-fikirkanlah apa nak buat. Nak buang pun boleh. Nak jadikan sebagai pengajaran pun boleh.

dengar nasihat anak walaupun sekejap

Klik disini geng…

Bagaimana mengubah unit ukuran pada microsoft word?

Kebiasannya masalah yang sering berlaku bila guna microsoft word ialah bila mengubah saiz margins. Bila nak ubah saiz unit ukuran dalam inci. Lepas tu kita tak tahu macam mana nak setting. Bertambah parah bila kerja yang nak disiapkan nak cepat. Pening kepalakan?

Untuk mengubah unit ukuran ni adalah senang. Untuk tutorial ni aku menggunakan microsoft word 2007. Rasanya mungkin tak berbeza untuk pengguna microsoft word 2010.

Bagaimana mengubah unit ukuran pada microsoft word?

OK. Jom kita mulakan tutorial kita.

1. Buka microsoft word.

2. Klik pada Button dan seterusnya klik pada Word Options.

Bagaimana mengubah unit ukuran pada microsoft word Teruskan membaca…

Cara-cara nak komen menggunakan plugin disqus

Cara-cara nak komen menggunakan plugin disqus

Untuk tutorial wordpress kali ini aku nak tunjukkan cara-cara nak komen menggunakan plugin disqus. Seperti di blog wordpress yang lain tiap kali ingin bagi komen apa yang perlu korang isikan ialah nama, email dan URL blog. Lepas tu baru bagi komen.

Di blog ni lain plak sebab aku guna plugin disqus. Plugin ni kalau korang tengok sekali imbas memang tak faham macam mana nak bagi komen macam blog wordpress yang lain.

Sebelum aku tunjukkan macam mana nak komen di blog ni aku nak beritahu kelebihan apabila guna plugin disqus ni. Geng, Klik disini untuk terus membaca..