Macam tak percaya bila mula-mula tengok video ni. Ingatkan betul-betul pemain Real Madrid dan Barcelona berlakon. Rupanya yang berlakon semua iras-iras pemain kelab ni.

Pandai juga diorang buat macam ni. Cuma yang tak berapa best tak semua video yang aku tengok ada subtitle. Kalau korang tengok video ni jangan lupa tekan “cc”. Dengan function tu sahaja dapatlah korang faham apa yang diorang cakap. Kiranya macam penterjemah laa.

Yang paling aku suka bila tengok muka Messi dengan Jose Mourinho. Hampir sama. Kadang-kadang tengok muka Jose Mourinho dah macam muka Mr. Bean pun ada juga. Hehehe…

Macam-macam cara diorang buat untuk bola sepak. Memang menarik dan menghiburkan. Kalau kat Malaysia buat macam ni bagus juga. Tapi muka siapalah yang serupa dengan pemain bola kita. Kalau cari susah walaupun kita tahu ada 7 orang yang serupa dengan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge