Blogger yang tersepit

  • Sharebar

Aku masih baru lagi dalam dunia blogging walaupun dah lama kenal apa itu blog. Cuma sekarang baru dapat tune macam mana nak develop sebuah blog biasa kepada blog yang boleh mendatangkan DUIT. Selama menjadi blogger full-time macam-macam aku tempuh semata-mata nak menjana pendapatan dari blog.

Apa yang membuatkan aku tersepit sepanjang aku jadi blogger??

Aku memulakan kehidupan sebagai blogger selepas aku tamat belajar di Politeknik Johor Bahru. Kemudian, aku belajar sikit demi sikit tentang blog. Sampailah kepada satu tahap aku perlu bekerja disebabkan dah lama sangat aku mengganggur.

Akhirnya, aku bekerja juga disebuah kilang biskut.Apa yang korang terfikir tentang kerja di kilang biskut??. Mestilah dapat makan biskut free sehingga korang muntah-muntah sebab makan banyak sangat. Tetapi selama sebulan aku bekerja aku terasa menyampah dan tergugat iman aku dengan apa yang aku lihat.

Bukan pasal perempuan tapi pasal biskut. Ada apa dengan biskut tu?. Biskut tu disalut dengan telur yang tidak dibasuh. Apa??. Tidak dibasuh??. YA..tidak dibasuh. Haram kalau nak makan biskut tu sebab telur yang tidak dibasuh mungkin tercemar dengan najis ayam dan bulu ayam. Biasa aku memang tengok hari-hari telur ayam ni dan memang ada bulu dan najis ayam.

Kemudian, aku pun berhenti dan sekarang duduk dirumah. Selepas tu, aku ingat tak ada laa tekanan yang buatkan aku tersepit. Rupanya ada lagi. Akak aku suruh aku sambung belajar. Amik degree. Waaa…pening-pening. Macam mana ni??. Aku makin tersepit nak sambung belajar atau bekerja.Akhirnya, aku amik keputusan untuk sambung degree hujung tahun ni.

Tapi, macam mana dengan blog??

Blog tetap akan diteruskan dan dimajukan. Aku dah tekad nak usahakan semua blog aku sampai dapat jana pendapatan. Mana tau, sebelum hujung tahun ni income yang aku dapat boleh tampung perbelanjaan aku masa belajar. Tak payahlah aku nak bersusah payah pinjam PTPTN. Lega sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masukkan email disini dan post terbaru akan dihantar terus ke inbox anda:

FeedBurner

No tags for this post. a membership wordpress plugin plus a WP blog is all that you need to make cash on the internet.

21 thoughts on “Blogger yang tersepit

  1. wahh kilang biskut pa?? suspen betoi! satg kena biskut aku dok kedarah ari2..pa2 pun smbung degree dulu..pastu bleh la nk jd full time blogger ka apa ka..at least ada degree leh backup utk masa depan

  2. ambekla peluang utk sambung stdy lagi..awak ada p0tensi..jgn jd mcm sy sudah..smg awak berjaya di dunia n akhrat..jgn lupa allah,even dh brjaya..niat nk bljr tu utk mndpt keredhaan allah..insyaAllah,dikira ibdt klu awk niat cmtu..try ur best..

  3. tak basuh. sungguh mengelikan. emm…betul laa. zaman study memang best. masa tu laa nak kumpul pengalaman.

  4. kalau nak belajar, jgn pikir sepit ke tersepitkan
    lapangkan dada – teruskan impian
    moga dipermudahkan olehNya

  5. Pingback: rohaizad dot com » 28 Most Wanted “Blogger Yang Tersepit” in MALAYSIA – Part 3

  6. hehehe…yang tengok ni pun lagi laa geli.
    kena betul kan niat dulu ni. kalau tak, masuk U sebab nak tackle awek plak parah di buatnya. hehehe..

  7. Aku pernah dengar…
    Allah takkan biarkan student (mereka yang belajar) mati kelaparan.

    jika berpeluang utk sambung belajar..rebutlah peluang tu. skrg ni dah ramai yg berjaya jana pendapatan walaupun berstatuskan student. Tiada yang mustahil. InsyaAllah.

  8. ok bang…insyallah, saya sambung belajar. emm…ramai betul yang suruh saya belajar. semangat makin tambah. cume terfikir nak amik cos apa plak. tak sanggup rasanya nak tinggalkan cos mechatronic enggineering. huhuhu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge