Cara-cara membuat border style pada gambar

Gambar yang kita upload mugkin kita ingin cuba untuk letak border atau bahasa yang lebih mudah ialah frame/bingkai. Untuk tutorial kali ni aku berkongsi cara-cara membuat pada gambar. Tutorial ni amat mudah diaplikasikan terutama bagi pengguna tidak kira self-hosted atau wordpress.com.

Jika korang tengok bentuk border yang aku dibuat pada post dengar nasihat anak dan bagaimana mengubah unit ukuran pada microsoft word korang akan lihat jenis border yang berlainan. Terdapat lapan jenis border yang boleh korang gunakan mengikut kesesuaian dan citarasa.

Antara border yang boleh kita gunakan ialah dot, dash, solid, double, groove dan macam-macam lagi.

Tanpa membuang masa jom sama-sama kita buat border pada gambar.

Cara-cara membuat border style pada gambar.

1. Upload apa-apa saja gambar untuk diletakkan kedalam post.

2. Klik button “Edit image” dengan cara klik pada gambar. Nanti gambar akan kelihatan agak gelap.

3. Setelah itu klik “Advance Setting”. Dibahagian inilah kita akan membuat border pada gambar. Tumpukan perhatian pada kotak berwarna merah dan biru.

Cara-cara membuat border pada gambar

4. Dibahagian saiz border (kotak berwarna biru) kita masukkan nilai 5 atau yang bersesuaian.

5. Kemudian, dibahagian border style masukkan “inset”.

Cara-cara membuat border pada gambar

6. Untuk nak tambah lebih menarik, pada kita ubah kepada warna olive atau warna kegemaran anda.

7. Dah siap klik “Update.”

Ini adalah hasil dari setting yang kita buat. Tak amik masa yang lama pun. Untuk jenis border style yang lain korang boleh cuba juga dengan menggantikan inset kepada dotted, dashed, solid, double, groove, ridge, dan outset.

border style

Amik kau… Hehehe…

Kalau tak nampak perubahan pada border style cuba besarkan saiz border. Nanti korang akan nampak saiz border style.

Ok.. Mudahkan? Jadi lepas ni korang boleh ikut cara-cara membuat border style pada gambar ni dan jangan lupa kalau ada masalah untuk setting ni bagitau laa. Insyallah.. Aku cuba bantu korang semampu yang boleh.

Tags: , ,

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge