Cara-cara nak komen menggunakan plugin disqus

Untuk tutorial wordpress kali ini aku nak tunjukkan cara-cara nak komen menggunakan plugin disqus. Seperti di blog yang lain tiap kali ingin bagi komen apa yang perlu korang isikan ialah nama, email dan URL blog. Lepas tu baru bagi komen.

Di blog ni lain plak sebab aku guna plugin disqus. Plugin ni kalau korang tengok sekali imbas memang tak faham macam mana nak bagi komen macam blog wordpress yang lain.

Sebelum aku tunjukkan macam mana nak komen di blog ni aku nak beritahu kelebihan apabila guna plugin disqus ni.

Kelebihan menggunakan plugin disqus.

1. Komen akan diindex oleh (SEO-friendly).
2. Membantu untuk menimport kesemua komen lama.
3. Komen akan di backup oleh plugin disqus dan database wordpress.
4. Menapis kesemua spam, blaklist and whitelist.
5. Terdapat pilihan untuk subsrcibe dan RSS.

So, bagaimana untuk komen di blog ni dan boleh mendapatkan seperti bagi komen di blog yang lain?

Cara-cara nak komen menggunakan plugin disqus.

1. Taip komen apa yang korang nak komen dan klik “Post as”.

cara-cara nak komen guna plugin disqus

2. Kemudian akan keluar pop-up. Apa yang perlu korang buat ialah klik pada Optional untuk letak link blog korang.

cara nak komen menggunakan plugin disqus
3. Isikan email, nama, dan link blog. Kemudian klik “post comment”.

cara-cara nak komen guna plugin disqus
4. Cuba tengok. Dah dapat backlink kan?

cara-cara nak komen menggunakan plugin disqus

Mudah je nak buat sebenarnya. Cuma nak bagi komen kat sini korang kena bagi komen baru isi form. Semoga dengan artikel ni dapat bantu korang untuk bagi komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge