Amat sukar untuk kita dengar nasihat anak walaupun sekejap. Kadang-kadang kita marah balik bila anak kita bagi nasihat. Ego betul kita masa tu. Makanya anak mula anggap yang mak ayah ni tidak perlu untuk ditegur jika ada buat kesalahan.

Kebiasaanya yang selalu memberi teguran dari anak yang masih kecil. Anak kecil yang terkenal sikap jujur tanpa dipengaruhi dari orang luar. Cakapnya tak pernah nak tipu.

Kerana keegoan kita, kita terus menolak segala nasihat anak-anak kita. Cubalah dengar nasihat anak kita kerana mereka lebih kenal diri kita dan sudah tentu dialah yang paling rapat dengan kita.

Aku sebenarnya amat tertarik pada post Kak Wardina di Fan Page dia dimana dia mendengar nasihat dan teguran dari anak dia. Dia tidak melenting atau marah-marah kat anak dia. Cara semacam inilah yang patut kita tiru. Yang baik kita ikut. Yang buruk fikir-fikirkanlah apa nak buat. Nak buang pun boleh. Nak jadikan sebagai pengajaran pun boleh.

dengar nasihat anak walaupun sekejap

So, macam mana kita nak cuba dengar nasihat anak kita ni?

1. Jangan ego.

  • Masa nak terima nasihat dari sesiapa pun kita akan terasa ego sebab kita fikir kita betul. Masa berdepan dengan anak kita janganlah ego sangat. Cuba bersikap relax sebab bila kita dalam keadaan relax kita dapat terima nasihat anak kita dengan mudah.

2. Relax.

  • Masa nak terima nasihat anak jangan cepat melenting dan marah-marah kat anak tu. Cuba bersikap relax. Anak pun tak takut untuk lain kali nak tegur kesalahan mak ayah dia.

3. Ajak anak sekali berubah.

  • Bila anak dah bagi nasihat cuba kita ajak dia berubah juga. Contohnya dia cakap kita ni jarang baca Al-Quran, solat berjemaah, jarang ajak pergi berjemaah di masjid atau disurau. So, kalau kita ajak sama-sama kita pun bersemangat nak berubah. Anak kita pun hepi sebab tengok kita dengar nasihat dia.

Jadi, kita sebagai mak ayah patut dengar nasihat anak walaupun sekejap selagi ia boleh membawa kebaikan kepada kita. Anak pun nanti turut sama dengar nasihat kita juga.

No tags for this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge