Aku memulakan aktiviti blogging dengan nama Master Pak Pandir yang sehingga kini blog ni masih lagi wujud dan jumlah post yang aku dapat buat melebihi 100 post. Pelbagai usaha dilakukan untuk memahami dunia blog, SEO, backlink dan sebagainya. Akhirnya usaha yang dibuat pada blog tu menampakkan hasil sehingga mendapat PR2. Tapi lepas sudah lama tidak membuat backlink blog tu dapat PR1.

Nama aku Muhammad Hafiz Syazwan Bin Abdul Rahman yang dilahirkan di Hospital Muar pada tahun 1988 dan kini menetap di Felda Bukit Easter. Menjadikan aktiviti blogging sebagai perkogsian maklumat sesuai dengan tagline “Sebuah Catatan dan Perkogsian Ilmu” yang mana aku cuba berkongsi mengenai komputer, wordpress, design menggunakan autocad dan sebagainya.

Dibawah ni serba sedikit latar pendidikan diri aku.

  • Memulakan pendidikan di Tadika Kemas Felda Bukit Easter.
  • Kemudian menyambung belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha dari tahun 1994 hingga 2000.
  • Selepas aku disebat dan ditampar oleh guru aku akhirnya aku berjaya lulus dalam UPSR dan meneruskan pengajian di SMK Bandar Easter.
  • Kemudian aku meneruskan belajar sehingga PMR dan dengan keputusan 4A 4B melayakkan aku masuk ke Sekolah MenengahTeknik Perdagangan, Johor Bahru. Tapi aku terpaksa menolak atas sebab-sebab tertentu.
  • Akhirnya, aku meneruskan tingkatan 4 disekolah yang sama dan akhirnya lulus semua subjek. Tapi sayang tak dapat masuk mana-mana universiti dan matrikulasi disebabkan result tak lepas. Akhirnya, masuk tingkatan 6 bawah.
  • Lepas 3 bulan ditingkatan 6 bawah alhamdulillah akhirnya dapat tawaran sambung belajar selama 3 tahun di Politeknik Johor Bahru dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. (Cousre yang aku minat beb. Masih terbayang nak belajar kat German. 🙂 )
  • Setelah bertungkus lumus dalam bidang kejuruteraan akhirnya aku berjaya menggengam segulung diploma. 🙂

Ini adalah serba sedikit mengenai diri aku. Aku harap segala perkogsian ilmu di blog ni dapatlah digunakan untuk semua.